Monday, December 23, 2013

I don't realise that "small matter" "the hint of the surprise"

19.12.2012 before MIDNIGHT  : the wataks terdiri drpd

Tdg Pink-Dayang|Tdg Maroon-Tasha|Tdg Oren-Nana|Tdg Turqoise-Falil
banyak perkara pelik yang berlaku kat aku. aku sedaq tapi aku rasa mcm bnd tu small matter so aku biarkan perkara pelik tu berlalu.

lepas isyak aku,falil,tasha mmg plan nk masuk dalam UITM :

-sbb aku dgn tasha nak ambil brg kami, almaklumlah kami dua dok dlm. time ni menumpang rumah falil n the geng kat luaq. sbb kt dlm mcm dah kosong x dak org ja (student balik cuti MID SEM), kami yg ada dkt seri iskandar ni x balik kampung halaman lagi sbb keja bnyk x settle lagi. so stay lah dalam beberapa hari kt seri iskandar ni.

time semua tgh siap nk kluaq, aku tny nana(housemate falil)

aku : "nana x nak ikut skali ke"
nana : errr korang nak masuk UITM je kan??
aku : ye lah nak amik brg semua.
nana : ohh x kot.

*bunyi conversation mcm ni lah aku ingt ingt balik

lepas tu aku dah siap, aku tengok si tasha ni tengah make up dpn cermin.

perkara PELIK yg pertama :

tasha : kau dah knp tngok aku mcm tu
aku : kita nk masuk dlm UITM amik brg je kan, yg kau make up sakan ni knp??
tasha : (gelak gelak, lah aku saja je make up )

*bunyi conversation mcm ni lah aku ingt ingt balik

perkara PELIK yg kedua:

lepas jwp tu yg dia bagi, fine aku abaikan.
bila aku, falil, tasha dah siap nk kluaq rumah.
tiba tiba si dayang(housemate falil) plak yg duduk dpn cermin amik blusher pkai kt muka. yg ni lagi aku PELIK sangat. dia bukan nk p mana pon. duduk dlm rumah je. siap pkai blusher bagai. mau x pelik aku ni.
time ni aku x ingt sapa yg tny dia "knp pkai blusher". dan dayang just "senyum senyum".

aku rasa ni small matter jugak so aku pon abaikan.

dah masuk dlm kawasan UITM, singgah studio jap amik brg si tasha. lepas singgah studio baru gerak p kolej aku amik barang (baju nak bwk balik)
time nk kemas baju semua aku kalot lah nk kemas cepat cepat sbb x nak tasha dgn falil ni tunggu lama.
tetiba

perkara PELIK yg ketiga:

tasha : eh alya, lex lah. jgn rushing. ktorg boleh tunggu lah kau pack baju.
aku : ohh ok aku ingt korang nk cepat

aku pelik sbb salu diorang suka cepat2. tapi ni tak. that why aku pelik.

so aku pack lah slow motion haha.

tgh pack

tasha : weh aku rasa nk makan maggi lah.
aku : aku rasa nk mkn kt mamak.

so ktorang decide nk mkn kt luar sblum balik rumah.

dah masuk keta nk kluaq dari kawasan UITM,

falil : eh jom makan kt BANDAR U nak tak??
aku : oh boleh je, aku x kesah pon.

so ktorng pergilah mkn kt BANDAR U. cari cari kedai akhirnya mkn kt cafe baru tu. time si falil nk park keta dia,

falil : weh kau p turun tengok ada ruang lagi tak kt depan.
so aku pon turun tengok. dah ok semua aku tengok dlm cafe tu aku nampak NIZAM.

baju coklat- Fadir | baju putih- Nizam | baju hitam- Zariq


*baju putih kt dlm gambar atas ni lah nizam.

time ni rasa excited tiba tiba bila nmpk nizam kt dlm cafe tu haha.
pergi kt cermin ketuk ketuk cermin kereta tu nk bgi tau falil dgn tasha yg nizam ada dkt dlm.

perkara PELIK yg keempat:

selalunya si tasha ni klu aku sebut nama nizam ja dia dh excited. tapi time aku ketuk ketuk cermin kereta, dia mcm x excited pon. tu yg pelik aku ni. aku plak yg excited drpd dia.
bila nk masuk cafe tu, aku nmpk dayang kt dlm tu. time ni mmg aku sentap.
sbb yg ada skali time tu nizam,zariq,nana,dayang.
mau x sentap aku, aku bru tny nana"x nak ikut masuk UITM ke"
tuptup dia keluar mkn dgn nizam semua.

so aku, falil, tasha pon joinlah diorang skali. mmg nk merajuk dah dgn nana sbnarnya. tapi mrajuk main main je haha.

lepas order makanan semua, si fadir muncul. dia dtg asing dgn nizam,zariq.

sebelum nak balik sbb cafe tu dah nk tutup, nizam sempat


tangkap gambar kenangan gitu. nasib baik semua masuk. like :))

lepas bayar semua, semua gerak keluar. aku ingt nak balik rumah terus. ye lah, kerja dok memanggil manggil kt rumah tu.

perkara PELIK yg kelima:

knp nana dgn dayang naik kereta nizam???
knp x naik skali ktorang???
dah ending pon duduk rumah yg sama.
bila aku tny falil, falil ckp "aku pon x tau knp nana naik dgn nizam"

ok fine aku abaikan jgak, small matter. chill.

dah sampai traffic light : tiba tiba falil ubah haluan.. maksud aku, dia x lalu jln nk balik rumah, dia ikut blkg kereta nizam. aku tertanya tanya jgak dlm hati haha "eh falil ni nk pergi mana, kata tadi nk balik"
aku cuba pkir positif, maybe nak amik nana dgn dayang bawa balik rumah kot.

rupanya tak. rupanya nizam satu kereta nk lepak tasik UTP (Universiti Teknologi Petronas) time ni.
so dah alang alang, aku,falil,tasha pon join lah skali sbb nana dgn dayang pon ada situ.

kami budak ID suka bergambar. klu dpt camera satu atau handphone satu, boleh penuhkan sampai 100lebih gambar dlm satu masa aku rasa haha.
buddyz :)

motion of us haha

lepas habis sesi motion ni, nizam ajak duduk release tension katanya. katanya dia tension satu hari.
bila ditanya satu hari ni buat apa jwpan dia
"satu hari aku tido kt rumah"
semua mcm grrrrr bila dgaq jwapan tu haha.

lagi setengah jam nk pkul 12pagi. aku tertanya jgak dlm hati. bila nk balik. lgpon time ni tasha ckp dia pening kepala sbb minum NESLO. falil plak sbb nk siapkan model.
lgpon aku x expect langsung yg zariq,fadir,nizam tau pasal birthday aku. yg perempuan mmg dah tau.


tepat pkul 12. serius x sangka diorang nyanyi lagu happy birthday tu kt aku. time ni aku speechless.

moment yg aku x akan lupa weh. dah lah ni last sem kita. aku doa kita semua tamat sem 6 ni dgn jayanya. AMIN :)


21.12.2013 after MIDNIGHT:

lepas habis sesi gambar kt atas ni, nizam sorang bangun. katanya nk p kt keta sat ambil brg. tapi semua bangun ikut nizam.

nizam : eh korang stay lah situ

tapi semua bangun jgak.

perkara PELIK yg keenam:

yess aku pelik knp nizam suruh stay. time ni lah dlm kepala otak aku dah pkir (telur, tepung, dan sengakatan) aku pkir bukan sbb nk buat kek batik ka apa. aku pkir sbb ya ni birthday ok. so bnd tu klu nak prank kt org mmg menjadi.
klu hampa perasan aku terus stay dkt tepi pintu keta falil. so anything happen maybe aku boleh buka pintu keta then masuk dlm keta or whatever ka kan.
cara nk selamatkan diri lah konon haha.

tapi time tu zariq buka cerita pasal rumah sewa junior dia. cerita seram.
time tu aku x percaya langsung apa yg zariq cerita. aku siap ckp kt zariq lagi, "mcm tipu je cerita ni".
tapi dia ckp ni cerita btoi.

so bila aku dah dgaq cita dia dgn jelas. baru aku percaya cta tu cta btol hehe.
bila cita zariq dah tmat tetiba muncul

nizam with the cake

terharu ok sangat terharu.


time ni terus terhapus sgala ingtan tentang (telur, tepung, dan sengakatan). aku x pkir langsung pasal KEK weh. dlm kepala otak aku dok risau pasal (telur, tepung, dan sengakatan) ja.

tu lah satu perkataan yg aku boleh kata TERHARU 
dah lah ni last sem for our diploma. ya we part6 now. tinggal berapa bulan ja lagi nak habis dip.

me with cute cake :D
thank you semua :)
fefeeling with the cake before balik rumah :D


ending : apapon thanks semua sbb plan bnd ni utk aku. walaupon bnyk hint yg berlaku tapi aku masih x perasan. ni kira first experience aku sambut birthday dgn kawan kawan. love you :)
thanks jugak to family & myfriends yg hntar wish voice record dkt whatapp | wish dkt fb | instag | message too :)


thanks for the big pic falil  <3

haha tasha ckp x susah pon nak buat surprise utk aku sbb aku mmg blurr all the time. 

simple and beautiful greeting cards tasha. love it :))

haha ya aku active girl. x payah minum 100plus pon dah active smula jadi haha. thank you nana haha :))









Sunday, May 12, 2013

FOOD #2 Trifle Dessert Recipe

HAPPY MOTHER'S DAY kepada semua yg bergelar emak. Yang paling penting of kos lah to my lovely mom, SELAMAT HARI MAK (Pn.Rozana) :))

Actually aku terfikir satu je bila hari ibu harini, iaitu aku nk buat satu dessert yg best for today. Bangun pagi siap siap terus ke pasar. Sebab barang nk buat dessert dah habis dan x sempat nk restok hehe. So terpaksalah pergi pasar berdekatan dgn rumah ni. Klu beli dekat mall x best klu pergi sorang sorang. That's why aku pergi beli barang nak buat dessert dekat pasar ja. Macam biasa hari Ahad, Kedah hari kerja. So aku kat rumah klu hari kerja mmg aku duduk sorang sorang lah.

Bila dah beli semua barang, so aku pon mulakan projek dessert aku di dapur. Hari ni aku buat dessert yg bertajuk Trifle Dessert .  Trifle Dessert ni bermaksud pencuci mulut yg mempunyai bahan seperti kastard, buah-buahan, sponge cake, jelly dll. Trifle aku ni pulak aku letak biskut, dan buah buahan campuran. Actually aku dah pernah buat Trifle Dessert before ni, tapi first time aku buat dulu x jadi.
Tapi alhamdulillah, kali ni menjadi. Risau lah jugak kalau x jadikan haha.

Bila dah siap aku mcm biasa excited nk bagi ayah aku rasa, mak aku rasa. "Suprise" aku buat dessert ni utk mak aku ermmm jadi kot. sbb mak aku mcm "tekejut x tekejut" lah haha. Yang best mak aku cakap "ok sedap. Next time try buat puding caramel pulak." Nampaknya next time kena cari recipe puding caramel pulak ni. Lepas buat suprise dkt mak. Aku buat suprise dkt ayah aku pulak. yeahh ayah pon suka. Aku seronok sangat bila dah masak then bagi diorang makan. Rasa mcm nk try try dan try lagi. Thank you ayah dgn mak sbb makan dessert yg alya buat. hehe

Dah petang tu aku whatapp abg abg aku gambar dessert yg aku buat tu. besertakan caption "mak cakap sedap alya buat" . Tunggu pny tunggu abg abg aku ni reply. before diorang ni reply aku dah boleh agak apa yg diorang akan reply. Dan abg abg aku ni reply haha

Abg pertama = "X caya alya buattt, mak yg buat" 
Abg kedua = "eleh tu mak yg wat"
Aku dah agak dah mesti dua dua x percaya aku yg buat. haha
Tapi akhirnya abg kedua call dan ckp dgn mak tny betul ka aku yg buat, bila mak dah konfemkan yg mmg betul aku yg buat baru lah percaya. hahaha. lawak betoi.
adik sendiri ckp x mau caya. haiyakk wachaaaa

Tapi x kesah janji jadi dessert yg aku buat dan ayah dgn mak suka. yepeeee :))

Dengan ini aku sertakan recipe dessert aku tu. 


#2 Trifle Dessert

Bahan-bahan
Sepeket agar-agar powder
Air (1000ml)
250gm gula
1 tin susu cair
1 tin buah-buahan campuran
Biskut (x kisah biskut apa janji biskut)
4 sudu besar tepung kastard+1 mangkuk air

Cara-cara
Campurkan agar-agar powder dgn air.
Dah larut masukkan gula.
Masukkan susu cair.
Lepas itu ambil tepung kastard tadi kacaukan dgn 1 mangkuk air tadi.
lepas dah larut tepung kastard dgn mangkuk air tu, sekalikan kedalam campuran (agaragar powder,gula,susu cair) tadi.
Tunggu sampai agak dah mendidih.
Lepas itu utk siapkan harus buat 2 layer.

Layer pertama:
Tuangkan kedalam acuan (setengah saja) dan letakkan biskut kedalam acuan tu.
Sejukkan layer pertama ni dahulu.
Lepas dah sejuk buat pulak layer kedua.

Layer kedua:

letakkan 1 tin buah-buahan itu ke atas layer pertama tadi.
Setelah siap di letakkan, tuangkan lebihan campuran tu ke atas buah-buahan tersebut.

*pastikan air buah-buahan tersebut dibuang dahulu.

Kemudian, sejukkan dan siap dihidang :))

Hasilnya
Trifle Dessert

Selamat mencuba kepada sesiapa yg ingin mencuba :))

HAPPY MOTHER'S DAY kepada sesiapa yg bergelar mak :))

SELAMAT HARI "MAK" MAK :))
SELAMAT HARI "AYAH" AYAH :))
hehe 

Saturday, May 11, 2013

FOOD #1 DutchLady Chocolate With Milk Layer Pudding Dessert Recipe

Tiba-tiba terasa nak mengarang something malam ni. Maybe sebab nothing to do mlm ni yang membuatkan aku nk mengarang something.

Malam ni nk cerita pasal memasak. Yes memasak. Before aku start becerita ni, aku ada layan MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA . Ok seronok sangat bila tengok diorang memasak dalam tempoh yang diberi. Aku kadang kadang ada jugak terbayang kalau aku dalam rancangan tu. perghhh mmg ngeri x terkata aku rasa. Ya la aku ni bukannya reti masak pon. haha

Aku kalau bgtau family aku, maksud aku abang-abang dan kakak aku yang aku MASAK. kesimpulannya diorang x pernah percaya apa yg aku cakap. yg diorang percaya yes aku masak NASI,GORENG TELUR,MAGGI, yang ni diorang percaya kalau aku yang masak. Kalau yang lain tu mmg x lah nk percaya. kecuali klu diorang tny ayah aku atau mak aku "betulka alya masak tadi" kalau ayah aku ckp betul yg tu baru diorang percaya disertakan dengan perasaan yg tekejut. Tu yg buat aku malas nk masak klu diorang ada kt rumah. Diorang bukan percaya kebolehan aku dalam masak masak ni.

Aku x letakkan memasak sebagai hobi aku. Aku lebih suka menjahit (dulu sekolah amik kelas Ekonomi Rumah Tangga OK), mngecat, kemas rumah(yang paling aku suka), membaca novel yg tebal tebal tu(aku dah bnyk koleksi novel dari darjah 5 tau aku start membuat koleksi hehe). Tapi itu semua letak tepi sbb sekarang cerita pasai masak kan. Aku lebih suka makan makanan yg dimasak oleh mak,ayah,kakak,abg daripada aku masak sendiri. Sebab diorang masak sedap haha.

Sekarang cuti sem, lama juga lah dalam 3 bulan. Mak aku selalu bukak cerita pasai masak dgn aku kalau tengah tengok rancangan memasak ni. Tapi mak aku mmg dah memahami dah yg aku ni jenis bukan senang nk masak, kalau mood nak masak tu datang barulah aku masak. Kalau x jgn haraplah. Aku x suka masak, tapi aku BOLEH masak. Aku kalau masak, aku memang x suka guna minyak masak. aku lebih suka guna majerin/mentega gantikan minyak masak tu. sebab kalau guna minyak masak, bila masak tu suka meletup letup. sakit oo. that's why aku x suka. kecuali kalau yg memerlukan minyak yg banyak. yg tu baru aku guna minyak masak. sebenarnya hati aku ni x tergerak lagi nk try masak lauk lauk tu. bukan kepakaran aku lah yg tu haha :DD klu lauk lauk ni kena belajar banyak kot haha. One day maybe haha.

Cuti sem ni juga lah , aku rasa cuti sem yang bnyk aku try buat dessert. Yes aku mmg SUKA sangat buat dessert. Mula mula tengok dekat tv,blog gambar dessert yg menarik. Terasa teringin nak makan. Bila dah teringin tu kena lah try buat sendiri. SO aku pon try lah buat sendiri. First dessert yg aku buat utk cuti sem kalini ialah jeng jeng jeng (angkat kening sebelah haha)


#1 DutchLady Chocolate With Milk Layer Pudding

Bahan-bahan
Satu peket serbuk agar2.(Peket yg kecik)
1000ml air 
150g gula
1 tin susu cair (400ml)
3/4cawan tepung dutchlady chocolate


Cara-cara
Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
Bahagikan 2 bhgn dan 1 bhgn dicampurkan tepung ducthlady dan kacau hingga sebati dan satu bahagian lagi biarkan yg asal(adunan putih).
Masukkan bhgn adunan putih dahulu ke dlm acuan.Apabila mengeras sedikit, tuangkan bahagian dutchlady tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. 
Potong dan Hidangkan.

p/s kalau x nak layer ni lekang, sebelum tuang bahagian dutchlady tu, ambil garpu dan gores atas bahagian adunan putih tu dan baru tuang layer dutchlady tu.

Hasilnya ( AIR TANGAN aku sendiri tanpa pertolongan sesiapa )


DutchLady Chocolate With Milk Layer Pudding

*percubaan pertama berjaya, see sapa cakap aku x boleh masak, buat dessert ni kira masak apa. haha

Sunday, April 21, 2013

FRIENDSHIP #1 : Not Furniture Drawing Not ID Drawing Butttt

Actually I miss them that why malam ni aku rasa nk cerita pasal 3 org ni yg terdiri daripada Si Gendut,Si Boncit, dan Si Montel.
Ok aku dah boleh terimalah panggilan yg hampa bagi kat aku haha. So hampa pon kena lah terima juga panggilan yang aku bagi kat hampa. Malam ni aku nak taip dialek kedah. Sbb smalam ada sorang kapten ni nk buang kenegerian aku sbb aku sembang dialek perak. Well dah duduk perak berapa tahun. kan haha. ok abaikan pasal kapten tu.

Can you see drawing sebelah ni. Oh bukan drawing ID bukan drawing Furniture. Tapi drawing Geometri. Drawing ni Si Boncit yg buatkan kat roomates dia. Roomates dia kami lah Si Gendut dgn Si Montel. Malam sepatotnya study History tapi masing masing main main jap. Aku pon x tau main apa. Tiba tiba Si Boncit ni besuara "eh korang tolong on bluetooth sekarang aku nk send something". "kalau sapa dah dapat dulu please diam". Dan aku yg dapat dulu dari Si Gendut. So akulah yg kena diam. err hilang mood nak excited jap lol haha :D. Lepas Si Gendut dah dapat. Baru kami sama sama jerit TERHARUUUUUUU. haha.
Tapi aku dgn Si Gendut ni jeles sbb dlm lukisan ni Si Boncit yg paling lawa. haha. mmg jeles teruk. tapi x sangka kan Si Boncit ni suka lukis roomates dia. Nampak x Si Boncit ni sayang kat Si Gendut dgn Si Montel haha. Dah lah kami ada gap 8 Bulan baru boleh jumpa balik. Last day kami jadi roomates, sikit lagi nak gugur air mata setiap sorang. Tapi semua kuat. haha. So semua tahan air mata tu dri gugur haha.
Sedih sedih :'(((

Semalam Si Boncit ni buat suprise lagi kat kami dua org. Ohhhh kali ni mmg sweet gila. Taraaaaaa.
Our Potret :)))

20/4/2013
Si Boncit ni mmg "teraa" bab drawing manual ni. Superb lawa kan. Dan Si Boncit ni janji dgn kami yg dia akan buatkan copy utk kami simpan sebagai simpanan peribadi. yeahhh akhirnya Si Gendut dan Si Montel horeeee haha. Macam ending cerita barbie plak lahai. haha
One more thing, kami ada satu habit yg aku x boleh lupa. Kalau nak lepas tension. Si Gendut Si Boncit Si Montel akan mulakan sesi menarik rambut . haha
Wehhh boleh hilang stress oo main mcm ni. seghonok. haha
Si Boncit , kami Si Gendut dan Si Montel masih menunggu drawing anda yg seterusnya. yeahhhh love both xoxo haha

p/s When we can date again and again roomates. Tataaaaaa
Our IDNightDinnerPart4
(SiMontelSiGendutSiBoncit)


Tuesday, October 23, 2012

CHAPTER 8

Woww makanan dekat kafe hari ini nampak sungguh menyelerakan. Nampaknya habislah duit aku hari ini dengan membeli makanan makanan kegemaran aku tu kan. Kau memang Zee, pantang betul makanan kegemaran depan mata. Nasib baik kau tak gemuk, steady ... haha

Disebalik gelak tawa gadis gadis itu, disitulah Danish mula menyedari bahawa Imani dan rakan-rakannya juga ada disitu. Danish bertekad pada keesokan harinya, dia akan menegur Imani untuk mengenali gadis idamannya itu dengan lebih dekat. Esok pagi aku wajib, bukan harus tapi WAJIB datang awal. Mana tau jika aku datang awal, aku boleh menegurnya pada waktu pagi esok. hermm *sambil memikir rancangannya itu dalam hati. Hoiii Danish, kau pehal ha mengelamun sorang sorang ni. Sudahlah kelas tadi kau datang lambat. Nasib baik tidak kena apa apa tindakan. (tegur rakannya Alif). Aku bukan sengaja datang lambat tadi, ada masalah teknikal sedikit. haha. Apa-apa ja lah Danish oiii. Janji kau bahagia.

Danish menyembur minyak wangi ke badannya dan baunya sangatlah kuat. Setelah selesai menyiapkan diri, dia terus bergegas pergi ke kolej. Alahai lambatnya dia datang hari ini. Ke aku yang terlebih cepat sampai ni '=.=

Akhirnya , wanita yang ditunggu-tunggu akhirnya sampai. Imani, GADIS WANGI pujaan hati haha. Assalamualaikum Imani, Imani dengan segera memusing setelah menutup pintu kereta yang dinaikinya itu. Dengan secara automatiknya, rambut Imani terkena muka Danish (terpusing dengan penuh berkeyakinan, seperti iklan shampoo rambut) haha, dlm hati Danish~harumnya rambut dia.
Waalaikumusalam, eh Danish. Saya ingatkan siapalah tadi, rupanya awak. Awalnya awak datang hari ini. Oh, saya memang saja datang awal hari ini. Ganti kelewatan semalam. Oh yang awak tersilap masuk kelas tu kan. Eh macam mana awak tahu saya tersilap masuk kelas ni???
Kelas yang awak tersilap masuk itu kelas saya. Alamak malunya saya dengan awak. Hahaha

Mereka berdua berbual sambil menuju ke kafe sebelum bermulanya kelas masing-masing pada pagi itu. Bermulanya pada pagi yang indah itu, bermulanya jugalah persahabatan mereka dengan lebih erat. Danish juga telah memberitahu Imani, yang dia ingin mengenali Imani dengan lebih rapat. Imani sepertinya tidak kisah, kerana Imani juga sebenarnya sudah terpaut hati kepada Danish sejak kejadian Danish memujinya itu. 

Sunday, April 1, 2012

CHAPTER 7

Alamak !!!
dalam keadaan yang kelam kabut, Danish bersiap bagaikan tidak sempurna. Ini semua berlaku disebabkan malam tadi dia terlupa untuk aktifkan "ALARM"nya. Dengan kadar segera dia terus mengcapai kunci motorsikalnya itu dan terus bergegas untuk ke kolej. 

Imani bersama rakan-rakannya sudah bersedia untuk pembelajarannya pada hari ini. pembelajarannya sudah bermula dalam masa 15minit, tiba tiba ada seseorang jejaka yang memasuki kelas Imani secara terburu-buru. Semua orang dalam kelas itu melihat ke arah jejaka itu. Yang menarik perhatian Imani, jejaka itu ialah Danish. 
Danish jugak agak terkejut, dan dia berasa agak aneh dengan keadaan sekelilingnya itu.

Rupa-rupanya Danish tersalah masuk kelas. Kelasnya di sebelah. Danish dengan mukanya yang merah akibat malunya amat telah meminta maaf kepada pensyarah di dalam kelas itu dan beransur pergi ke kelas sebenarnya.
Mula dari saat Danish tersalah masuk kelas itu, Imani mula tidak boleh memberi tumpuan terhadap apa yang pensyarahnya terangkan itu dek kerana jejaka yang bernama Danish itu. 

Di dalam hati Imani, kenapa tiba-tiba aku rasa jantung aku berdebar dengan lajunya, hermmm. Alah mamat tu tersalah masuk kelas je pon. Mungkin dia terbangun lambat sebab itu dia datang lambat ke kelas. Agak-agak dia kena marah tidak dengan pensyarahnya nanti. Eh kenapa aku fikirkan halnya, bukan ada kena mengena dengan aku pon. Fokus Imani, fokus.

Rakan-rakan Imani perasan dengan tingkah lakunya yang agak pelik itu. Setelah tamatnya kelas pada pagi itu, rakan-rakannya terus bertanyakan kepada Imani, Imani kau kenapa dalam kelas tadi. Aku tengok macam ada perkara yang kau fikirkan je dlm kelas tadi. Mesti kau berangan fasal minyak wangi kan??
Rakannya yang lain menyampuk, eh aku rasa dia tidak berangan fasal minyak wangi lah, aku rasa dia berangan fasal budak lelaki yang tersalah masuk kelas kita tadi itulah. Kau tidak perasan ke dia mula berangan selepas lelaki itu pergi.

Kedua-dua rakannya itu terus bergabung, IMANIIIIIII. Imani tanpa berlengah lagi terus menidakkan kata-kata rakannya itu. Eh apa korang merepek ini. Mana ada aku berangan apa-apa lah. Aku tgh fokus apa yang pensyarah ajar tadilah. Korang yang berangan ni kan??
Mereka bergelak ketawa dengan kerenah masing-masing.

Danish hanya dimarahi oleh pensyarahnya kerana lambat datang ke kelas. Lagipun Danish bukan selalu datang lambat ke kelas. Mungkin disebabkan hal itu pensyarahnya melepaskannya pada pagi itu.
Sebelum Danish menghadiri kelasnya yang kedua pada hari itu, dia pergi makan di kafe yang berdekatan dengannya dahulu dan tanpa dia sedari Imani dengan rakan-rakannya juga ada distu.

Thursday, October 20, 2011

CHAPTER 6

Setelah seharian Imani sibuk dengan kelasnya, sekarang waktu dia menenangkan fikiran daripada pelbagai perkara sejak dari pagi tadi hingga tamat kelasnya pada petang itu.
Ahhhh akhirnya dapat juga aku berehat pada malam yang indah ini, Imani baring di atas katilnya yang empuk itu. Tiba-tiba di fikirannya teringatkan kejadian yang berlaku siang tadi di kolejnya. Kejadian antara Imani dan Danish(jejaka kacak yang berjaya membuat hati seorang gadis wangi terpaut) ohhh tidak =D

Mesti Danish sudah mula memerhati aku dari mula kami bertemukan. Herm macam mana lah dia boleh terlalu GENTLEMAN sebegitu rupa, terkejut aku dengan kata-katanya tadi. Herm agak-agak aku boleh kenal dia dengan lebih rapat lagi tidak. Aku harap hari-hari akan datang dapat berjumpa dengan dia lagi. Eh apa aku merepek seorang diri ini. Malu malu kalau kakak dengan ibu dapat tahu aku merepek perkara yang tidak masuk dek akal ini . (muka Imani agak merah kerana malu walaupun tiada orang disekelilingnya)

Tanpa berlengah lagi,Imani menggapai komputer ribanya yang berwarna PINK itu untuk melayari internet bagi masa terluangnya itu. Alang-alang aku dah buka komputer riba kesayangan aku ini, baik aku cari maklumat wangian semulajadi. Imani suka wangian .(nada kegedikan) . 
Apa yang Imani jumpa tentang maklumat wangian semulajadinya itu ialah "Wangian Semula Jadi dengan Menggunakan Limau Purut"
Wah ini macam menarik saja, Imani membaca maklumat itu dengan agak teliti, tidak sangka rupa-rupanya air limau purut itu boleh dijadikan sebagai "SHAMPOO" ya. Kalau lagi semulajadi macam ini, lagi terbukti kesegarannya kan, mesti harum semerbak kasturi nanti rambut aku. Wahh aku mahu cubalah cara ini. Tidak sabarnya, mana tahukan nanti Danish tiba-tiba muncul lagi di depan aku(hehehe =D)(angan-angan)