Woww makanan dekat kafe hari ini nampak sungguh menyelerakan. Nampaknya habislah duit aku hari ini dengan membeli makanan makanan kegemaran aku tu kan. Kau memang Zee, pantang betul makanan kegemaran depan mata. Nasib baik kau tak gemuk, steady ... haha
Disebalik gelak tawa gadis gadis itu, disitulah Danish mula menyedari bahawa Imani dan rakan-rakannya juga ada disitu. Danish bertekad pada keesokan harinya, dia akan menegur Imani untuk mengenali gadis idamannya itu dengan lebih dekat. Esok pagi aku wajib, bukan harus tapi WAJIB datang awal. Mana tau jika aku datang awal, aku boleh menegurnya pada waktu pagi esok. hermm *sambil memikir rancangannya itu dalam hati. Hoiii Danish, kau pehal ha mengelamun sorang sorang ni. Sudahlah kelas tadi kau datang lambat. Nasib baik tidak kena apa apa tindakan. (tegur rakannya Alif). Aku bukan sengaja datang lambat tadi, ada masalah teknikal sedikit. haha. Apa-apa ja lah Danish oiii. Janji kau bahagia.
Danish menyembur minyak wangi ke badannya dan baunya sangatlah kuat. Setelah selesai menyiapkan diri, dia terus bergegas pergi ke kolej. Alahai lambatnya dia datang hari ini. Ke aku yang terlebih cepat sampai ni '=.=
Akhirnya , wanita yang ditunggu-tunggu akhirnya sampai. Imani, GADIS WANGI pujaan hati haha. Assalamualaikum Imani, Imani dengan segera memusing setelah menutup pintu kereta yang dinaikinya itu. Dengan secara automatiknya, rambut Imani terkena muka Danish (terpusing dengan penuh berkeyakinan, seperti iklan shampoo rambut) haha, dlm hati Danish~harumnya rambut dia.
Waalaikumusalam, eh Danish. Saya ingatkan siapalah tadi, rupanya awak. Awalnya awak datang hari ini. Oh, saya memang saja datang awal hari ini. Ganti kelewatan semalam. Oh yang awak tersilap masuk kelas tu kan. Eh macam mana awak tahu saya tersilap masuk kelas ni???
Kelas yang awak tersilap masuk itu kelas saya. Alamak malunya saya dengan awak. Hahaha
Mereka berdua berbual sambil menuju ke kafe sebelum bermulanya kelas masing-masing pada pagi itu. Bermulanya pada pagi yang indah itu, bermulanya jugalah persahabatan mereka dengan lebih erat. Danish juga telah memberitahu Imani, yang dia ingin mengenali Imani dengan lebih rapat. Imani sepertinya tidak kisah, kerana Imani juga sebenarnya sudah terpaut hati kepada Danish sejak kejadian Danish memujinya itu.
No comments:
Post a Comment