Alamak !!!
dalam keadaan yang kelam kabut, Danish bersiap bagaikan tidak sempurna. Ini semua berlaku disebabkan malam tadi dia terlupa untuk aktifkan "ALARM"nya. Dengan kadar segera dia terus mengcapai kunci motorsikalnya itu dan terus bergegas untuk ke kolej.
Imani bersama rakan-rakannya sudah bersedia untuk pembelajarannya pada hari ini. pembelajarannya sudah bermula dalam masa 15minit, tiba tiba ada seseorang jejaka yang memasuki kelas Imani secara terburu-buru. Semua orang dalam kelas itu melihat ke arah jejaka itu. Yang menarik perhatian Imani, jejaka itu ialah Danish.
Danish jugak agak terkejut, dan dia berasa agak aneh dengan keadaan sekelilingnya itu.
Rupa-rupanya Danish tersalah masuk kelas. Kelasnya di sebelah. Danish dengan mukanya yang merah akibat malunya amat telah meminta maaf kepada pensyarah di dalam kelas itu dan beransur pergi ke kelas sebenarnya.
Mula dari saat Danish tersalah masuk kelas itu, Imani mula tidak boleh memberi tumpuan terhadap apa yang pensyarahnya terangkan itu dek kerana jejaka yang bernama Danish itu.
Di dalam hati Imani, kenapa tiba-tiba aku rasa jantung aku berdebar dengan lajunya, hermmm. Alah mamat tu tersalah masuk kelas je pon. Mungkin dia terbangun lambat sebab itu dia datang lambat ke kelas. Agak-agak dia kena marah tidak dengan pensyarahnya nanti. Eh kenapa aku fikirkan halnya, bukan ada kena mengena dengan aku pon. Fokus Imani, fokus.
Rakan-rakan Imani perasan dengan tingkah lakunya yang agak pelik itu. Setelah tamatnya kelas pada pagi itu, rakan-rakannya terus bertanyakan kepada Imani, Imani kau kenapa dalam kelas tadi. Aku tengok macam ada perkara yang kau fikirkan je dlm kelas tadi. Mesti kau berangan fasal minyak wangi kan??
Rakannya yang lain menyampuk, eh aku rasa dia tidak berangan fasal minyak wangi lah, aku rasa dia berangan fasal budak lelaki yang tersalah masuk kelas kita tadi itulah. Kau tidak perasan ke dia mula berangan selepas lelaki itu pergi.
Kedua-dua rakannya itu terus bergabung, IMANIIIIIII. Imani tanpa berlengah lagi terus menidakkan kata-kata rakannya itu. Eh apa korang merepek ini. Mana ada aku berangan apa-apa lah. Aku tgh fokus apa yang pensyarah ajar tadilah. Korang yang berangan ni kan??
Mereka bergelak ketawa dengan kerenah masing-masing.
Danish hanya dimarahi oleh pensyarahnya kerana lambat datang ke kelas. Lagipun Danish bukan selalu datang lambat ke kelas. Mungkin disebabkan hal itu pensyarahnya melepaskannya pada pagi itu.
Sebelum Danish menghadiri kelasnya yang kedua pada hari itu, dia pergi makan di kafe yang berdekatan dengannya dahulu dan tanpa dia sedari Imani dengan rakan-rakannya juga ada distu.
Sebelum Danish menghadiri kelasnya yang kedua pada hari itu, dia pergi makan di kafe yang berdekatan dengannya dahulu dan tanpa dia sedari Imani dengan rakan-rakannya juga ada distu.
No comments:
Post a Comment