Sunday, May 12, 2013

FOOD #2 Trifle Dessert Recipe

HAPPY MOTHER'S DAY kepada semua yg bergelar emak. Yang paling penting of kos lah to my lovely mom, SELAMAT HARI MAK (Pn.Rozana) :))

Actually aku terfikir satu je bila hari ibu harini, iaitu aku nk buat satu dessert yg best for today. Bangun pagi siap siap terus ke pasar. Sebab barang nk buat dessert dah habis dan x sempat nk restok hehe. So terpaksalah pergi pasar berdekatan dgn rumah ni. Klu beli dekat mall x best klu pergi sorang sorang. That's why aku pergi beli barang nak buat dessert dekat pasar ja. Macam biasa hari Ahad, Kedah hari kerja. So aku kat rumah klu hari kerja mmg aku duduk sorang sorang lah.

Bila dah beli semua barang, so aku pon mulakan projek dessert aku di dapur. Hari ni aku buat dessert yg bertajuk Trifle Dessert .  Trifle Dessert ni bermaksud pencuci mulut yg mempunyai bahan seperti kastard, buah-buahan, sponge cake, jelly dll. Trifle aku ni pulak aku letak biskut, dan buah buahan campuran. Actually aku dah pernah buat Trifle Dessert before ni, tapi first time aku buat dulu x jadi.
Tapi alhamdulillah, kali ni menjadi. Risau lah jugak kalau x jadikan haha.

Bila dah siap aku mcm biasa excited nk bagi ayah aku rasa, mak aku rasa. "Suprise" aku buat dessert ni utk mak aku ermmm jadi kot. sbb mak aku mcm "tekejut x tekejut" lah haha. Yang best mak aku cakap "ok sedap. Next time try buat puding caramel pulak." Nampaknya next time kena cari recipe puding caramel pulak ni. Lepas buat suprise dkt mak. Aku buat suprise dkt ayah aku pulak. yeahh ayah pon suka. Aku seronok sangat bila dah masak then bagi diorang makan. Rasa mcm nk try try dan try lagi. Thank you ayah dgn mak sbb makan dessert yg alya buat. hehe

Dah petang tu aku whatapp abg abg aku gambar dessert yg aku buat tu. besertakan caption "mak cakap sedap alya buat" . Tunggu pny tunggu abg abg aku ni reply. before diorang ni reply aku dah boleh agak apa yg diorang akan reply. Dan abg abg aku ni reply haha

Abg pertama = "X caya alya buattt, mak yg buat" 
Abg kedua = "eleh tu mak yg wat"
Aku dah agak dah mesti dua dua x percaya aku yg buat. haha
Tapi akhirnya abg kedua call dan ckp dgn mak tny betul ka aku yg buat, bila mak dah konfemkan yg mmg betul aku yg buat baru lah percaya. hahaha. lawak betoi.
adik sendiri ckp x mau caya. haiyakk wachaaaa

Tapi x kesah janji jadi dessert yg aku buat dan ayah dgn mak suka. yepeeee :))

Dengan ini aku sertakan recipe dessert aku tu. 


#2 Trifle Dessert

Bahan-bahan
Sepeket agar-agar powder
Air (1000ml)
250gm gula
1 tin susu cair
1 tin buah-buahan campuran
Biskut (x kisah biskut apa janji biskut)
4 sudu besar tepung kastard+1 mangkuk air

Cara-cara
Campurkan agar-agar powder dgn air.
Dah larut masukkan gula.
Masukkan susu cair.
Lepas itu ambil tepung kastard tadi kacaukan dgn 1 mangkuk air tadi.
lepas dah larut tepung kastard dgn mangkuk air tu, sekalikan kedalam campuran (agaragar powder,gula,susu cair) tadi.
Tunggu sampai agak dah mendidih.
Lepas itu utk siapkan harus buat 2 layer.

Layer pertama:
Tuangkan kedalam acuan (setengah saja) dan letakkan biskut kedalam acuan tu.
Sejukkan layer pertama ni dahulu.
Lepas dah sejuk buat pulak layer kedua.

Layer kedua:

letakkan 1 tin buah-buahan itu ke atas layer pertama tadi.
Setelah siap di letakkan, tuangkan lebihan campuran tu ke atas buah-buahan tersebut.

*pastikan air buah-buahan tersebut dibuang dahulu.

Kemudian, sejukkan dan siap dihidang :))

Hasilnya
Trifle Dessert

Selamat mencuba kepada sesiapa yg ingin mencuba :))

HAPPY MOTHER'S DAY kepada sesiapa yg bergelar mak :))

SELAMAT HARI "MAK" MAK :))
SELAMAT HARI "AYAH" AYAH :))
hehe 

No comments:

Post a Comment