Thursday, October 20, 2011

CHAPTER 6

Setelah seharian Imani sibuk dengan kelasnya, sekarang waktu dia menenangkan fikiran daripada pelbagai perkara sejak dari pagi tadi hingga tamat kelasnya pada petang itu.
Ahhhh akhirnya dapat juga aku berehat pada malam yang indah ini, Imani baring di atas katilnya yang empuk itu. Tiba-tiba di fikirannya teringatkan kejadian yang berlaku siang tadi di kolejnya. Kejadian antara Imani dan Danish(jejaka kacak yang berjaya membuat hati seorang gadis wangi terpaut) ohhh tidak =D

Mesti Danish sudah mula memerhati aku dari mula kami bertemukan. Herm macam mana lah dia boleh terlalu GENTLEMAN sebegitu rupa, terkejut aku dengan kata-katanya tadi. Herm agak-agak aku boleh kenal dia dengan lebih rapat lagi tidak. Aku harap hari-hari akan datang dapat berjumpa dengan dia lagi. Eh apa aku merepek seorang diri ini. Malu malu kalau kakak dengan ibu dapat tahu aku merepek perkara yang tidak masuk dek akal ini . (muka Imani agak merah kerana malu walaupun tiada orang disekelilingnya)

Tanpa berlengah lagi,Imani menggapai komputer ribanya yang berwarna PINK itu untuk melayari internet bagi masa terluangnya itu. Alang-alang aku dah buka komputer riba kesayangan aku ini, baik aku cari maklumat wangian semulajadi. Imani suka wangian .(nada kegedikan) . 
Apa yang Imani jumpa tentang maklumat wangian semulajadinya itu ialah "Wangian Semula Jadi dengan Menggunakan Limau Purut"
Wah ini macam menarik saja, Imani membaca maklumat itu dengan agak teliti, tidak sangka rupa-rupanya air limau purut itu boleh dijadikan sebagai "SHAMPOO" ya. Kalau lagi semulajadi macam ini, lagi terbukti kesegarannya kan, mesti harum semerbak kasturi nanti rambut aku. Wahh aku mahu cubalah cara ini. Tidak sabarnya, mana tahukan nanti Danish tiba-tiba muncul lagi di depan aku(hehehe =D)(angan-angan)

Tuesday, October 4, 2011

CHAPTER 5

Tiba-tiba munculnya suara seorang jejaka yang dari segi suaranya agak GANTANG hoooooo telah memberi salam kepada Imani,
Imani terus berpusing ke arah empunya suara itu,(keadaan Imani seperti di dalam cerekarama di televisyen seperti ada kipas di depannya yang membuatkan rambutnya berterbangan wowww)
jejaka yang empunya suara itu rupa-rupanya Danish. Akhirnya Danish berjaya memunculkan dirinya di depan gadis pujaannya itu, Imani. Imani tanpa berlengah menjawab salam Danish. 

Danish memulakan perbicaraan di antara mereka berdua, hai ingat saya lagi tak, yang saya terlanggar awak hari itu, Imani mengingat semula kejadian yang dikatakan oleh Danish itu, akhirnya, oh saya ingat, awak tapi saya terlupa nama awaklah, maafkan saya ya. Tidak mengapa saya Danish. Harap lain kali jangan lupa lagi tau nama saya,(Danish tersenyum seperti kera) 

Ada apa awak berdiri di depan saya ini? Ouh saya cuma ingin beritahu awak yang "awak sangat wangi".
Imani terkejut kerana sebelum ini tidak ada seorang jejaka pon yang berani datang kepadanya dan memberitahu sedemikian rupa. Imani dengan keadaan yang boleh dikatakan seperti orang yang gagap, oh terima kasih Danish.
Eh saya ada kelas saya pergi dulu ya Imani. Assalamualaikum Imani wangiiiiii... Ungkapan itu terngiang-ngiang di telinga Imani. Tanpa Imani menyedari dirinya seperti berada di dalam mimpi. walaupun dia memang "famous" dengan gelaran GADIS WANGI tetapi dia tidak pernah mengalami pengalaman sedemikian rupa.

Setelah Danish berlalu pergi, Imani terasa dia telah terpaut kepada keperibadian Danish yang boleh dikategorikan sebagai seorang lelaki yang amat "gentleman" itu. Tidak sangka wujud lagi jejaka seperti dia(gerutus hati Imani). Aku berharap nanti aku akan berjumpa dengan dia lagi , sudahlah kacak. Imani tersedar daripada lamunannya itu terus berkata eh aku ada kelaslah, ni Danish la ni buatkan aku terlupa pula. hermm..

Monday, October 3, 2011

CHAPTER 4

Sesudah sampai di rumah mereka, Imani melaungkan ibunya, ibuuuuuuu Imani sudah pulang.
Imani sudah tidak sabar untuk menunjuk barang-barang yang telah dibeli olehnya dan kakaknya itu di PAVILLION siang tadi.
Ibunya menyahut panggilan anaknya yang tersayang itu, ya anak ibu kenapa jerit-jerit ni, orang perempuan tidak elok jerit-jerit macam itu. Ouh maafkan Imani ibu, Imani terlalu teruja sangat tadi, sebab Imani tak sabar sangat nak tunjukkan kepada ibu minyak wangi yang Imani baru beli tadi. hehehe =D

Kalau macam itu tunjukkanlah sekarang pada ibu, ibu nak tengok. Jeng jeng jeng ini lah minyak wangi yang Imani beli dengan kakak tadi, kasihan kakak terpaksa tunggu Imani memilih minyak wangi ini tadi . Ibu faham-fahamlah kan Imani kalau sudah jumpa minyak wangi ini, Imani jadi rambang mata.(Imani membuat muka comel kepada ibunya)

Kakaknya yang pada mulanya terus naik ke bilik turun semula untuk turut serta adik dan ibunya itu berceloteh. Ya lah ibu, lama betul Imani memilih minyak wangi ini tadi sampai kakak sudah mahu terlelap.kata-kata kakaknya itu disambut gelak tawa oleh mereka sekeluarga. Eh ibu mana ayah?
ouh ayah ada kerja malam ini di pejabat terpaksalah dia pulang lambat. Kamu berdua ini sudah mandi atau belum. kalau belum pergi naik atas kemudian mandi dan solat. Akhirnya kedua-dua beradik itu menurut  kata-kata ibu mereka dan sebelum naik ke atas mereka berdua mencium ibu mereka.

Seperti kebiasaannya di kolej,
Imaniiiiiiiiiiiiiiiii , Imani sudah dapat menggagak siapakah gerangan suara itu, sudah tentu lah teman baiknya iaitu Zee. Ya Zee kenapa kau jerit nama aku ni, mesti mahu bertanyakan ole-ole kau kan??
herm aku ada beli tunggu kejap ya aku amikkan. Muka Zee dengan penuh keterujaan yang sudah sampai ke tahap maksimum.
Taraaaaa ini untuk kau aku belikan, wahhh Imani kaulah sahabat aku dunia akhirat, hehe
coklat kegemaran aku hermm hilanglah stress aku kalau macam ini kan =D
aku hendak pergi tayang lah ole-ole ini dekat classmate kita yang lain. By By nanti kita jumpa lagi ya Imani yang disayangi. Setelah Zee berlalu pergi, Imani hanya tersenyum dengan kerenah kawannya itu.

Tiba-tiba............

Tuesday, March 29, 2011

CHAPTER 3

 Danish tetap setia melihat dan mengekori mereka dari jauh. Semakin lama dia mengikut mereka, semakin hatinya berkobar-kobar ingin mengenali Imani dengan lebih dekat.
Danish berkata kepada diri sendiri "aduh, sudahlah wangi, cantik dan sopan santun pula, siapa yang memilikinya sungguh bertuah, dan aku akan cemburu dengan jejaka bertuah itu".

Kakak!!, (kakak Imani terkejut dengan panggilan adik kesayangannya itu) Imani!, terkejut kakak, kenapa ini??
Eh, kejap-kejap, kakak sudah boleh agak, ini mesti sudah berjumpa dengan haruman yang menusuk dikalbu itu kan?? (bunyi sindiran),
hehe, kakak ini pandailah teka (Imani senyum sampai ke telinga) haha.

Imani dah jumpa minyak wangi yang terbaru wahai kakakku yang disayangi. Jom Imani tunjukkan.

Taraaaaaaaaaa!!! minyak wangi CHANNAL yang paling terbaru, cubalah kakak bau. wangikan??
Erm wangilah juga, beli satu sajakah?? untuk kakak tidak adakah?? Penat tahu kakak tunggu Imani pilih minyak wangi ini. (nada mengusik).

Eh, tadi bukan kakak cakap jangan beli banyakkan? Oleh itu, Imani beli satu sahaja lah wahai kakakku yang disayangi, hehe. Alah, kakak melawak sahajalah, kakak pun tidak mahu pakai minyak wangi sebegini, nanti kesian dekat adikku yang seorang ini, sebabnya gelaran "GADIS WANGI" sudah hilang. Mereka berdua ketawa dengan kerenah masing-masing.

Setelah selesai membeli minyak wangi di kedai tersebut. mereka berdua berlalu pergi meninggalkan kedai yang sangat harum itu. Akhirnya keluar juga mereka dari kedai itu, lama sungguh aku tunggu di sini. Tapi demi "Imani" pujaan hatiku, aku sanggup. Ish, jiwang pula aku ini, geli-geli, haha.

Kali ini mereka hendak ke mana pula ya, aduh jam sudah menunjukkan pukul 7. Aku kena pulang. Herm, tidak mengapa wahai "Imani" pujaan hatiku, kita akan berjumpa kembali ya. Salam wahai Cik Imani. Setelah itu Danish pulang ke rumahnya. Kini tinggallah Imani dan kakaknya tanpa seorang jejaka bernama Danish. (mereka bukan kenal Danish pun).

Tepat pukul 8, Imani, sudah banyak barang kita "shopping" ini. Sekarang sudah pukul 8, jom kita pulang. Nanti ibu dan ayah bising pula. Tanpa berlengah, Imani menyetujui kata-kata kakaknya itu.

Friday, March 18, 2011

CHAPTER 2

Sesudah Imani dan kakaknya sampai di SHOPPING COMPLEX "pavillion"( bukan sebarangan orang boleh membeli-belah di situ ok!!), dengan penuh semangat Imani dan kakaknya berjalan memasuki pintu utama "pavillion" itu.
Kakak, kita hendak mula membeli-belah di mana dulu ya??
Apa kata kita mula membeli-belah dari kedai sebelah kanan kita ini. Ok x??
Dengan penuh semangat Imani menjawab "ok ok, Let's go sister". Kedai demi kedai mereka kunjungi, akhirnya tibalah kedai yang paling Imani suka iaitu KEDAI MINYAK WANGI.
Wah!!! kakak, banyaknya minyak wangi jenis terbaru , jenama LADY GAGA,CHANNAL,GUCCI, Imani sudah rambang mata ini kakak. Macam mana ini kakak??

Imani, kamu jangan beli semua sudahlah ya. Nanti habis kedai ini untung lebih pula. Beli yang paling menusuk di hati  kamu sahaja ok?? Tunggu apa lagi, cepatlah cari minyak wangi yang paling menusuk dikalbu itu. Ouh ok kakakku yang disayangi (hehe). Tanpa segan silu, Imani bertanyakan kepada jurujual itu, "minyak wangi yang paling terbaru yang mana ya??
Ouh yang paling terbaru ada dibahagian sana, mari saya bawa Cik ke sana.
Dalam hati Imani (wah, tidak sabarnya!! haha)

Tanpa dua beradik ini sedari, pergerakan mereka diperhatikan dari jauh oleh seseorang jejaka yang mereka tidak kenali tetapi jejaka itu mengenali Imani.
Jejaka itu ialah "DANISH" seorang pemuda yang juga anak seorang hartawan yang terkenal. Tetapi ramai yang tidak tahu akan keperibadiannya itu kerana dia seorang yang tidak suka bersifat bongkak atau berbangga-bangga dengan kemewahan yang dimiliki oleh keluarganya.
Dari jauh dia memerhatikan Imani, kerana gadis itu telah membuat hatinya terpikat kepada dirinya itu.

Kejadian tersebut berlaku pada waktu dia menjejakkan kakinya di kolej dimana dia dan Imani belajar. Pernah suatu ketika, waktu itu dia terlambat ke kelas, tiba-tiba dia terlanggar gadis yang sangat wangi baunya. Kebanyakkan gadis yang cantik jika dilanggar, mereka pasti memarahi semula orang yang telah melanggar mereka itu. Tetapi ini berbeza dengan Imani, "maafkan saya cik................(pandangan mata ke mata berlaku diantara Danish dan Imani, pada masa yang sama membuatkan Danish menjadi seorang yang gagap dengan secara tiba-tibanya) lamunan terhenti.., "Imani, panggil saya Imani, saya pun hendak minta maaf pada awak, saya tidak sengaja".
Sejak itu Danish mula terpikat dengan gadis yang memiliki haruman yang sangat wangi itu, iaitu Imani.

Thursday, March 3, 2011

CHAPTER 1

Pink!!! itulah tema bagi sebuah kamar yang indah bagi seorang gadis iaitu Imani, anak kepada pemilik syarikat perkapalan yang terkenal di beberapa negara. Walaupun dia seorang anak yang berada, dia bukan seorang wanita yang sombong dengan kekayaan yang dimiliki oleh keluarganya itu. Apa yang penting dalam hidupnya ialah kasih sayang daripada seluruh ahli keluarganya dan tidak ketinggalan juga "KEWANGIAN". Oleh itu, dia sering digelar GADIS WANGI oleh orang disekelilingnya, kerana sering dikelilingi oleh bau-bau yang wangi sahaja.

Imani!!! Datin Latifah, emak kepada Imani, memanggil anak bongsunya itu turun untuk bersarapan. Tanpa berlengah Imani dengan segera menyiapkan dirinya untuk meneruskan kehidupannya bagi hari yang indah bak seharum mawar merah yang wangi. Lalalala............, Imani menyanyi dengan hati yang gembira pada pagi itu. Eh, hari ini aku nak pakai minyak wangi apa ya?? erm persoalan yang diajukan kepada dirinya sendiri. Semalam aku dah pakai minyak wangi "JENEFER LOPEZ", hari ini aku pakai minyak wangi "SILKY GIRL" pula lah. Shhhhh..., erm wanginya minyak wangi ini, memang patut dipanggil minyak wangi kan?? haha ( ketawa kepada diri sendiri)

Selepas berpuas hati dengan keharuman yang ada pada dirinya, Imani turun ke ruang makan dengan memeluk ibunya itu. Ermm.., harumnya anak ibu ini. Mestilah ibu, kan Imani ini digelar GADIS WANGI. Tidak sah kalau dia tidak wangi sehari. Imani hanya tersenyum dan mengiyakan kata-kata ibu dan kakaknya itu.

Kakak, petang nanti kita pergi membeli-belah ya. Imani hendak mencari minyak wangi yang barulah. hehe(tersenyum sampai ke telinga). Hai nampaknya bertambah lagi la koleksi adik kakak ini ya. Ok! nanti kita pergi sama-sama, kakak pon sudah tidak sabar hendak menghidu wangian yang lebih kuat ini.


Apabila Imani tiba di kolejnya, semua orang yang ada disekelilingnya begitu teruja dengan wangian yang dipakai olehnya. Masa itu jugalah datang seorang rakan baiknya, Zee. Wah!!!! engkau Imani, dari jauh aku dah boleh bau wangian engkau tahu. Dasyat sungguh GADIS WANGI kita ini kan??? Hey mestilah nama pun GADIS WANGI mestilah wangikan?? haha.. Petang ini aku hendak pergi membeli-belah dengan kakak aku, aku hendak pergi cari minyak wangi yang terbaru. hehe. Nanti engkau dapatlah bau wangian yang baru pula. Eh, alang-alang engkau hendak pergi beli minyak wangi yang baru itu, apakata engkau belanja aku apa-apa ka?? Engkaukan pemurah, wahai Cik Imani(dengan nada memuji) Imani membalas "Ok, nanti aku jumpa barang yang menarik aku belikan untuk engkau ekk" hehe(senyuman yang manis)