Friday, March 18, 2011

CHAPTER 2

Sesudah Imani dan kakaknya sampai di SHOPPING COMPLEX "pavillion"( bukan sebarangan orang boleh membeli-belah di situ ok!!), dengan penuh semangat Imani dan kakaknya berjalan memasuki pintu utama "pavillion" itu.
Kakak, kita hendak mula membeli-belah di mana dulu ya??
Apa kata kita mula membeli-belah dari kedai sebelah kanan kita ini. Ok x??
Dengan penuh semangat Imani menjawab "ok ok, Let's go sister". Kedai demi kedai mereka kunjungi, akhirnya tibalah kedai yang paling Imani suka iaitu KEDAI MINYAK WANGI.
Wah!!! kakak, banyaknya minyak wangi jenis terbaru , jenama LADY GAGA,CHANNAL,GUCCI, Imani sudah rambang mata ini kakak. Macam mana ini kakak??

Imani, kamu jangan beli semua sudahlah ya. Nanti habis kedai ini untung lebih pula. Beli yang paling menusuk di hati  kamu sahaja ok?? Tunggu apa lagi, cepatlah cari minyak wangi yang paling menusuk dikalbu itu. Ouh ok kakakku yang disayangi (hehe). Tanpa segan silu, Imani bertanyakan kepada jurujual itu, "minyak wangi yang paling terbaru yang mana ya??
Ouh yang paling terbaru ada dibahagian sana, mari saya bawa Cik ke sana.
Dalam hati Imani (wah, tidak sabarnya!! haha)

Tanpa dua beradik ini sedari, pergerakan mereka diperhatikan dari jauh oleh seseorang jejaka yang mereka tidak kenali tetapi jejaka itu mengenali Imani.
Jejaka itu ialah "DANISH" seorang pemuda yang juga anak seorang hartawan yang terkenal. Tetapi ramai yang tidak tahu akan keperibadiannya itu kerana dia seorang yang tidak suka bersifat bongkak atau berbangga-bangga dengan kemewahan yang dimiliki oleh keluarganya.
Dari jauh dia memerhatikan Imani, kerana gadis itu telah membuat hatinya terpikat kepada dirinya itu.

Kejadian tersebut berlaku pada waktu dia menjejakkan kakinya di kolej dimana dia dan Imani belajar. Pernah suatu ketika, waktu itu dia terlambat ke kelas, tiba-tiba dia terlanggar gadis yang sangat wangi baunya. Kebanyakkan gadis yang cantik jika dilanggar, mereka pasti memarahi semula orang yang telah melanggar mereka itu. Tetapi ini berbeza dengan Imani, "maafkan saya cik................(pandangan mata ke mata berlaku diantara Danish dan Imani, pada masa yang sama membuatkan Danish menjadi seorang yang gagap dengan secara tiba-tibanya) lamunan terhenti.., "Imani, panggil saya Imani, saya pun hendak minta maaf pada awak, saya tidak sengaja".
Sejak itu Danish mula terpikat dengan gadis yang memiliki haruman yang sangat wangi itu, iaitu Imani.

2 comments:

  1. next chapter plez!
    hehe..terbaik dr ldang..<3

    ReplyDelete
  2. hehe
    ok.., akan datang:)

    *btw thx for your respons :))
    hehe :D

    ReplyDelete