Monday, October 3, 2011

CHAPTER 4

Sesudah sampai di rumah mereka, Imani melaungkan ibunya, ibuuuuuuu Imani sudah pulang.
Imani sudah tidak sabar untuk menunjuk barang-barang yang telah dibeli olehnya dan kakaknya itu di PAVILLION siang tadi.
Ibunya menyahut panggilan anaknya yang tersayang itu, ya anak ibu kenapa jerit-jerit ni, orang perempuan tidak elok jerit-jerit macam itu. Ouh maafkan Imani ibu, Imani terlalu teruja sangat tadi, sebab Imani tak sabar sangat nak tunjukkan kepada ibu minyak wangi yang Imani baru beli tadi. hehehe =D

Kalau macam itu tunjukkanlah sekarang pada ibu, ibu nak tengok. Jeng jeng jeng ini lah minyak wangi yang Imani beli dengan kakak tadi, kasihan kakak terpaksa tunggu Imani memilih minyak wangi ini tadi . Ibu faham-fahamlah kan Imani kalau sudah jumpa minyak wangi ini, Imani jadi rambang mata.(Imani membuat muka comel kepada ibunya)

Kakaknya yang pada mulanya terus naik ke bilik turun semula untuk turut serta adik dan ibunya itu berceloteh. Ya lah ibu, lama betul Imani memilih minyak wangi ini tadi sampai kakak sudah mahu terlelap.kata-kata kakaknya itu disambut gelak tawa oleh mereka sekeluarga. Eh ibu mana ayah?
ouh ayah ada kerja malam ini di pejabat terpaksalah dia pulang lambat. Kamu berdua ini sudah mandi atau belum. kalau belum pergi naik atas kemudian mandi dan solat. Akhirnya kedua-dua beradik itu menurut  kata-kata ibu mereka dan sebelum naik ke atas mereka berdua mencium ibu mereka.

Seperti kebiasaannya di kolej,
Imaniiiiiiiiiiiiiiiii , Imani sudah dapat menggagak siapakah gerangan suara itu, sudah tentu lah teman baiknya iaitu Zee. Ya Zee kenapa kau jerit nama aku ni, mesti mahu bertanyakan ole-ole kau kan??
herm aku ada beli tunggu kejap ya aku amikkan. Muka Zee dengan penuh keterujaan yang sudah sampai ke tahap maksimum.
Taraaaaa ini untuk kau aku belikan, wahhh Imani kaulah sahabat aku dunia akhirat, hehe
coklat kegemaran aku hermm hilanglah stress aku kalau macam ini kan =D
aku hendak pergi tayang lah ole-ole ini dekat classmate kita yang lain. By By nanti kita jumpa lagi ya Imani yang disayangi. Setelah Zee berlalu pergi, Imani hanya tersenyum dengan kerenah kawannya itu.

Tiba-tiba............

No comments:

Post a Comment