Tuesday, October 4, 2011

CHAPTER 5

Tiba-tiba munculnya suara seorang jejaka yang dari segi suaranya agak GANTANG hoooooo telah memberi salam kepada Imani,
Imani terus berpusing ke arah empunya suara itu,(keadaan Imani seperti di dalam cerekarama di televisyen seperti ada kipas di depannya yang membuatkan rambutnya berterbangan wowww)
jejaka yang empunya suara itu rupa-rupanya Danish. Akhirnya Danish berjaya memunculkan dirinya di depan gadis pujaannya itu, Imani. Imani tanpa berlengah menjawab salam Danish. 

Danish memulakan perbicaraan di antara mereka berdua, hai ingat saya lagi tak, yang saya terlanggar awak hari itu, Imani mengingat semula kejadian yang dikatakan oleh Danish itu, akhirnya, oh saya ingat, awak tapi saya terlupa nama awaklah, maafkan saya ya. Tidak mengapa saya Danish. Harap lain kali jangan lupa lagi tau nama saya,(Danish tersenyum seperti kera) 

Ada apa awak berdiri di depan saya ini? Ouh saya cuma ingin beritahu awak yang "awak sangat wangi".
Imani terkejut kerana sebelum ini tidak ada seorang jejaka pon yang berani datang kepadanya dan memberitahu sedemikian rupa. Imani dengan keadaan yang boleh dikatakan seperti orang yang gagap, oh terima kasih Danish.
Eh saya ada kelas saya pergi dulu ya Imani. Assalamualaikum Imani wangiiiiii... Ungkapan itu terngiang-ngiang di telinga Imani. Tanpa Imani menyedari dirinya seperti berada di dalam mimpi. walaupun dia memang "famous" dengan gelaran GADIS WANGI tetapi dia tidak pernah mengalami pengalaman sedemikian rupa.

Setelah Danish berlalu pergi, Imani terasa dia telah terpaut kepada keperibadian Danish yang boleh dikategorikan sebagai seorang lelaki yang amat "gentleman" itu. Tidak sangka wujud lagi jejaka seperti dia(gerutus hati Imani). Aku berharap nanti aku akan berjumpa dengan dia lagi , sudahlah kacak. Imani tersedar daripada lamunannya itu terus berkata eh aku ada kelaslah, ni Danish la ni buatkan aku terlupa pula. hermm..

No comments:

Post a Comment