Sunday, May 12, 2013

FOOD #2 Trifle Dessert Recipe

HAPPY MOTHER'S DAY kepada semua yg bergelar emak. Yang paling penting of kos lah to my lovely mom, SELAMAT HARI MAK (Pn.Rozana) :))

Actually aku terfikir satu je bila hari ibu harini, iaitu aku nk buat satu dessert yg best for today. Bangun pagi siap siap terus ke pasar. Sebab barang nk buat dessert dah habis dan x sempat nk restok hehe. So terpaksalah pergi pasar berdekatan dgn rumah ni. Klu beli dekat mall x best klu pergi sorang sorang. That's why aku pergi beli barang nak buat dessert dekat pasar ja. Macam biasa hari Ahad, Kedah hari kerja. So aku kat rumah klu hari kerja mmg aku duduk sorang sorang lah.

Bila dah beli semua barang, so aku pon mulakan projek dessert aku di dapur. Hari ni aku buat dessert yg bertajuk Trifle Dessert .  Trifle Dessert ni bermaksud pencuci mulut yg mempunyai bahan seperti kastard, buah-buahan, sponge cake, jelly dll. Trifle aku ni pulak aku letak biskut, dan buah buahan campuran. Actually aku dah pernah buat Trifle Dessert before ni, tapi first time aku buat dulu x jadi.
Tapi alhamdulillah, kali ni menjadi. Risau lah jugak kalau x jadikan haha.

Bila dah siap aku mcm biasa excited nk bagi ayah aku rasa, mak aku rasa. "Suprise" aku buat dessert ni utk mak aku ermmm jadi kot. sbb mak aku mcm "tekejut x tekejut" lah haha. Yang best mak aku cakap "ok sedap. Next time try buat puding caramel pulak." Nampaknya next time kena cari recipe puding caramel pulak ni. Lepas buat suprise dkt mak. Aku buat suprise dkt ayah aku pulak. yeahh ayah pon suka. Aku seronok sangat bila dah masak then bagi diorang makan. Rasa mcm nk try try dan try lagi. Thank you ayah dgn mak sbb makan dessert yg alya buat. hehe

Dah petang tu aku whatapp abg abg aku gambar dessert yg aku buat tu. besertakan caption "mak cakap sedap alya buat" . Tunggu pny tunggu abg abg aku ni reply. before diorang ni reply aku dah boleh agak apa yg diorang akan reply. Dan abg abg aku ni reply haha

Abg pertama = "X caya alya buattt, mak yg buat" 
Abg kedua = "eleh tu mak yg wat"
Aku dah agak dah mesti dua dua x percaya aku yg buat. haha
Tapi akhirnya abg kedua call dan ckp dgn mak tny betul ka aku yg buat, bila mak dah konfemkan yg mmg betul aku yg buat baru lah percaya. hahaha. lawak betoi.
adik sendiri ckp x mau caya. haiyakk wachaaaa

Tapi x kesah janji jadi dessert yg aku buat dan ayah dgn mak suka. yepeeee :))

Dengan ini aku sertakan recipe dessert aku tu. 


#2 Trifle Dessert

Bahan-bahan
Sepeket agar-agar powder
Air (1000ml)
250gm gula
1 tin susu cair
1 tin buah-buahan campuran
Biskut (x kisah biskut apa janji biskut)
4 sudu besar tepung kastard+1 mangkuk air

Cara-cara
Campurkan agar-agar powder dgn air.
Dah larut masukkan gula.
Masukkan susu cair.
Lepas itu ambil tepung kastard tadi kacaukan dgn 1 mangkuk air tadi.
lepas dah larut tepung kastard dgn mangkuk air tu, sekalikan kedalam campuran (agaragar powder,gula,susu cair) tadi.
Tunggu sampai agak dah mendidih.
Lepas itu utk siapkan harus buat 2 layer.

Layer pertama:
Tuangkan kedalam acuan (setengah saja) dan letakkan biskut kedalam acuan tu.
Sejukkan layer pertama ni dahulu.
Lepas dah sejuk buat pulak layer kedua.

Layer kedua:

letakkan 1 tin buah-buahan itu ke atas layer pertama tadi.
Setelah siap di letakkan, tuangkan lebihan campuran tu ke atas buah-buahan tersebut.

*pastikan air buah-buahan tersebut dibuang dahulu.

Kemudian, sejukkan dan siap dihidang :))

Hasilnya
Trifle Dessert

Selamat mencuba kepada sesiapa yg ingin mencuba :))

HAPPY MOTHER'S DAY kepada sesiapa yg bergelar mak :))

SELAMAT HARI "MAK" MAK :))
SELAMAT HARI "AYAH" AYAH :))
hehe 

Saturday, May 11, 2013

FOOD #1 DutchLady Chocolate With Milk Layer Pudding Dessert Recipe

Tiba-tiba terasa nak mengarang something malam ni. Maybe sebab nothing to do mlm ni yang membuatkan aku nk mengarang something.

Malam ni nk cerita pasal memasak. Yes memasak. Before aku start becerita ni, aku ada layan MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA . Ok seronok sangat bila tengok diorang memasak dalam tempoh yang diberi. Aku kadang kadang ada jugak terbayang kalau aku dalam rancangan tu. perghhh mmg ngeri x terkata aku rasa. Ya la aku ni bukannya reti masak pon. haha

Aku kalau bgtau family aku, maksud aku abang-abang dan kakak aku yang aku MASAK. kesimpulannya diorang x pernah percaya apa yg aku cakap. yg diorang percaya yes aku masak NASI,GORENG TELUR,MAGGI, yang ni diorang percaya kalau aku yang masak. Kalau yang lain tu mmg x lah nk percaya. kecuali klu diorang tny ayah aku atau mak aku "betulka alya masak tadi" kalau ayah aku ckp betul yg tu baru diorang percaya disertakan dengan perasaan yg tekejut. Tu yg buat aku malas nk masak klu diorang ada kt rumah. Diorang bukan percaya kebolehan aku dalam masak masak ni.

Aku x letakkan memasak sebagai hobi aku. Aku lebih suka menjahit (dulu sekolah amik kelas Ekonomi Rumah Tangga OK), mngecat, kemas rumah(yang paling aku suka), membaca novel yg tebal tebal tu(aku dah bnyk koleksi novel dari darjah 5 tau aku start membuat koleksi hehe). Tapi itu semua letak tepi sbb sekarang cerita pasai masak kan. Aku lebih suka makan makanan yg dimasak oleh mak,ayah,kakak,abg daripada aku masak sendiri. Sebab diorang masak sedap haha.

Sekarang cuti sem, lama juga lah dalam 3 bulan. Mak aku selalu bukak cerita pasai masak dgn aku kalau tengah tengok rancangan memasak ni. Tapi mak aku mmg dah memahami dah yg aku ni jenis bukan senang nk masak, kalau mood nak masak tu datang barulah aku masak. Kalau x jgn haraplah. Aku x suka masak, tapi aku BOLEH masak. Aku kalau masak, aku memang x suka guna minyak masak. aku lebih suka guna majerin/mentega gantikan minyak masak tu. sebab kalau guna minyak masak, bila masak tu suka meletup letup. sakit oo. that's why aku x suka. kecuali kalau yg memerlukan minyak yg banyak. yg tu baru aku guna minyak masak. sebenarnya hati aku ni x tergerak lagi nk try masak lauk lauk tu. bukan kepakaran aku lah yg tu haha :DD klu lauk lauk ni kena belajar banyak kot haha. One day maybe haha.

Cuti sem ni juga lah , aku rasa cuti sem yang bnyk aku try buat dessert. Yes aku mmg SUKA sangat buat dessert. Mula mula tengok dekat tv,blog gambar dessert yg menarik. Terasa teringin nak makan. Bila dah teringin tu kena lah try buat sendiri. SO aku pon try lah buat sendiri. First dessert yg aku buat utk cuti sem kalini ialah jeng jeng jeng (angkat kening sebelah haha)


#1 DutchLady Chocolate With Milk Layer Pudding

Bahan-bahan
Satu peket serbuk agar2.(Peket yg kecik)
1000ml air 
150g gula
1 tin susu cair (400ml)
3/4cawan tepung dutchlady chocolate


Cara-cara
Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
Bahagikan 2 bhgn dan 1 bhgn dicampurkan tepung ducthlady dan kacau hingga sebati dan satu bahagian lagi biarkan yg asal(adunan putih).
Masukkan bhgn adunan putih dahulu ke dlm acuan.Apabila mengeras sedikit, tuangkan bahagian dutchlady tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. 
Potong dan Hidangkan.

p/s kalau x nak layer ni lekang, sebelum tuang bahagian dutchlady tu, ambil garpu dan gores atas bahagian adunan putih tu dan baru tuang layer dutchlady tu.

Hasilnya ( AIR TANGAN aku sendiri tanpa pertolongan sesiapa )


DutchLady Chocolate With Milk Layer Pudding

*percubaan pertama berjaya, see sapa cakap aku x boleh masak, buat dessert ni kira masak apa. haha