Setelah seharian Imani sibuk dengan kelasnya, sekarang waktu dia menenangkan fikiran daripada pelbagai perkara sejak dari pagi tadi hingga tamat kelasnya pada petang itu.
Ahhhh akhirnya dapat juga aku berehat pada malam yang indah ini, Imani baring di atas katilnya yang empuk itu. Tiba-tiba di fikirannya teringatkan kejadian yang berlaku siang tadi di kolejnya. Kejadian antara Imani dan Danish(jejaka kacak yang berjaya membuat hati seorang gadis wangi terpaut) ohhh tidak =D
Mesti Danish sudah mula memerhati aku dari mula kami bertemukan. Herm macam mana lah dia boleh terlalu GENTLEMAN sebegitu rupa, terkejut aku dengan kata-katanya tadi. Herm agak-agak aku boleh kenal dia dengan lebih rapat lagi tidak. Aku harap hari-hari akan datang dapat berjumpa dengan dia lagi. Eh apa aku merepek seorang diri ini. Malu malu kalau kakak dengan ibu dapat tahu aku merepek perkara yang tidak masuk dek akal ini . (muka Imani agak merah kerana malu walaupun tiada orang disekelilingnya)
Tanpa berlengah lagi,Imani menggapai komputer ribanya yang berwarna PINK itu untuk melayari internet bagi masa terluangnya itu. Alang-alang aku dah buka komputer riba kesayangan aku ini, baik aku cari maklumat wangian semulajadi. Imani suka wangian .(nada kegedikan) .
Apa yang Imani jumpa tentang maklumat wangian semulajadinya itu ialah "Wangian Semula Jadi dengan Menggunakan Limau Purut"
Wah ini macam menarik saja, Imani membaca maklumat itu dengan agak teliti, tidak sangka rupa-rupanya air limau purut itu boleh dijadikan sebagai "SHAMPOO" ya. Kalau lagi semulajadi macam ini, lagi terbukti kesegarannya kan, mesti harum semerbak kasturi nanti rambut aku. Wahh aku mahu cubalah cara ini. Tidak sabarnya, mana tahukan nanti Danish tiba-tiba muncul lagi di depan aku(hehehe =D)(angan-angan)